Kiriman pada: Sun, Jan 29th, 2017

Pengaruh DAP Dan Impian Malaysia Malaysian.

Kongsi maklumat ini
Tags

Azmin Ali dikatakan sebagai seorang yang lupa diri apabila tidak mengenang jasa parti PAS yang banyak membantu diri beliau sahingga menjadi Menteri Besar Selangor dan di ibaratkan ianya seperti kacang lupakan kulit, itu lah tanggapan sebilangan ahli PAS apabila Azmin tidak berani berhadapan dengan DAP untuk memberi sokongan kepada Hadi Awang Presiden PAS dalam banyak isu termasuk RUU 533.

Jika di ikutkan, DAP lebih memberi sokongan kepada kenaikkan Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar ketika berlakunya pertembungan perebutan kerusi MB Selangor suatu ketika dahulu, kerana potensi Wan Azizah lebih mudah untuk dikawal berbanding memberi sokongan kepada Azmin, dek sebabkan kekuatan suara Hadi Awang maka Azmin yang ‘terpaksa’ dipilih.

Pemain politik di Selangor tahu akan betapa tidak setujunya Lim Kit Siang dengan protes membela Anwar dalam isu pembebasannya, itu sebabnya kempen bebaskan Anwar tidak mendapat sambutan, ini semata bertujuan mahu melonjakkan Wan Azizah sebagai ketua pembangkang dan tidak perlu lagi berhadapan dengan kerenah dan masalah peribadi Anwar.

Hadi Awang menjadi mangsa kepada kerakusan DAP kerana telah menyebabkan DAP gagal meneruskan rancangan mereka untuk meletakkan Wan Azizah sebagai MB Selangor, tetapi Azmin tidak pernah pun mengambil peduli akan serangan yang berlaku terhadap presiden PAS ini oleh parti DAP kerana Azmin merasa gusar dengan kekuatan DAP yang mempunyai kuasa veto didalam pakatan pembangkang.

Ini terbukti apabila parti PAN ujud setelah kebanyakkan pemimpin didalam parti PAN adalah mereka yang disingkirkan dari kepimpinan PAS yang mana semua pemain politik tahu bahawa ianya adalah kerja tangan-tangan ghaib dari DAP yang gagal dalam percubaan untuk menguasi kepimpinan PAS, dan tindak tanduk pemimpin PAN adalah jelas seperti berkhiblatkan kepada DAP, perkara yang digeruni oleh PKR khususnya Azmin kerana khuatir nasib yang sama akan menimpa parti dan dirinya pula.

Cubaan DAP didalam mencaturkan perjalanan politik dalam PAS boleh dikatakan gagal dan tidak menjadi kerana kesatuan ahli PAS begitu jitu sekali, yang menebabkan DAP harus mencari jalan bagaimana mahu menundukkan parti PAS terutama presidennya Hadi Awang, itu sebabnya DAP menyerang prsidennya walaupun menyedari bahawa ianya bukanlah sesuatu kerja yang mudah bagi DAP.

Walau gagal untuk menguasai Hadi Awang, perancangan DAP mahu memecahbelahkan kelompok Melayu didalam pembangkang kepada beberapa bahagian telah sedikit sebanyak menampakkan kejayaannya, pertamanya Melayu PAN, kemudiannya Melayu didalam PKR yang kini terbahagi kepada dua, Melayu yang mengikut Wan Azizah dan Melayu yang mengikut Azmin Ali, Melayu Bunga Raya selain Melayu yang bertonggok didalam DAP sendiri.

Jadi urusan DAP mahu membeli undi Melayu kini kian Mudah jika berlaku pertembungan 3 atau 4 penjuru yang mana DAP meletakkan calun Melayu pakatannya untuk berhadapan dengan parti Melayu UMNO dalam Barisan Nasional dan Melayu PAS atau mana-mana calon Melayu bebas yang timbul dari pakatan pembangkang.

Langkah memecahbelahkan orang Melayu didalam pakatan pembangkang adalah bagi memudahkan DAP untuk menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri orang Melayu, kerana siapa pun mereka yang akan dilantik DAP mudah untuk menguasai kesemuanya, sepertimana yang berlaku di negeri Perak suatu ketika dahulu serta berkemungkinan akan berlaku di Selangor.

Yang terkini sokongan Azmin Ali kepada bekas Perdana Menteri, Mahathir Muhamad sedikit sebanyak telah menyukarkan lagi tugasan DAP kerana walaupun Mahathir kini telah boleh sebantal dengan mereka didalam pakatan pembangkang tetapi kehadiran Mahathir sebenarnya kurang di minati oleh ahli DAP sendiri malah ada yang beranggapan Mahathir adalah perisik kepada UMNO dan tidak boleh dipercayai.

Oleh itu Azmin perlu di godak agar kekuatannya didalam PKR tergugat dan melonjakkan semula nama Wan Azizah, jika mereka boleh melakukannya di Pulau Pinang adalah tidak sukar untuk mereka lakukan di Selangor dalam masa terdekat, dengan tujuan untuk melantik Wan Azizah sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menakluk Putrajaya.

Dan pemerhati politik hari ini faham akan susun atur DAP didalam politik pembangkang kesemuanya menjurus kepada untuk meluaskan kuasa dan pengaruh DAP didalam politik dan menjadikan impian Malaysia Malaysian sebagai suatu kenyataan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.