Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

Pengawal Keselamatan Didakwa Rogol Pelajar Perempuan Tingkatan Lima

Kongsi maklumat ini
Tags

nhgdkBalik Pulau – Pengawal keselamatan yang didakwa membunuh seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima pada Oktober lepas, hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan merogol gadis tersebut.

Tarmizi Yaakob, 20, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap remaja berkenaan yang merupakan kekasihnya pada pukul 7.30 pagi di Teluk Kumbar dekat sini pada 25 Okt tahun lalu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh Tarmizi yang hanya tunduk mendiamkan diri ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Azzuin Moati.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan kes itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.