Kiriman pada: Mon, Jul 6th, 2015

Pengawal Keselamatan Mati Ditetak

Kongsi maklumat ini
Tags

TETAK KLEBANGIpoh – Seorang pengawal keselamatan berusia 45 tahun ditemui mati dengan kesan tujuh tetakan di kepala dan kedua-dua belah tangan akibat diserang dua lelaki bersenjatakan parang di sebuah lorong dekat Laluan Klebang Restu, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mangsa dikenali sebagai Gobinathan, datang ke kawasan itu untuk membeli barangan keperluan di sebuah kedai, sebelum dikejar seorang daripada suspek itu hingga ke lorong berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata suspek mengejar hingga ke lorong berkenaan dan menetak mangsa berulang kali.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, selepas ditetak mangsa berusaha melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah berikutan polis menemui kesan darah sejauh 80 meter dari lokasi mayat mangsa ditemui.

“Mangsa yang ditetak kira-kira tujuh kali, rebah berhampiran tepi longkang di lorong berkenaan. Polis masih menyiasat motif kejadian dan siasatan mendapati ia tidak membabitkan samun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Chang Keong berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.