Kiriman pada: Mon, Feb 15th, 2016

PENGELUARAN PERMIT KELULUSAN BAHARU BAWA KELUAR BAKI BAUKSIT DIKAJI SEMULA

Kongsi maklumat ini
Tags

hjytjKuala Nerus – Kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula pengeluaran permit kelulusan (AP) baharu untuk memastikan baki simpanan 2.4 juta metrik tan bauksit di Pelabuhan Kemaman dapat dibawa keluar ke China sebelum tamat tempoh moratorium 14 April depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata genap sebulan tempoh arahan moratorium kepada pengusaha bauksit untuk mengeluarkan baki simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan namun operasi membawa keluar baki bauksit itu tidak dapat dijalankan berikutan cuti Tahun Baru Cina.

“Kita bagi syarat, dalam masa sebulan untuk bawa keluar semua simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan, ada dua bulan lagi… daripada 3.2 juta tan metrik bauksit sebelum ini, 2.4 juta masih lagi tinggal di Pelabuhan Kuantan,” katanya beliau selepas melawat projek mencegah hakisan pantai di Pantai Tok Jembal.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.