Kiriman pada: Tue, Nov 29th, 2016

Pengganas Daesh: Malaysia Berjaga-Jaga

Kongsi maklumat ini
Tags

daeshKuala Lumpur – Malaysia dalam situasi bersiap sedia berikutan kejadian tembakan membabitkan 11 individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh di Mindanao, Filipina semalam.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bimbang pengaruh kumpulan pengganas itu akan terus menular ke negara-negara lain di rantau ini.

Beliau juga sedang mendapatkan maklumat sama ada 11 individu tersebut merupakan anggota Daesh yang ‘lari’ mencari perlindungan di rantau ini selepas kubu kuat kumpulan itu di Iraq dan Syria diserang angkatan tentera bersekutu.

“Ini membuktikan apa yang kita luahkan, rancang selama ini bukan untuk takutkan orang ramai, ini bukan pertimbangan politik tetapi merupakan isu pertahanan.

“Kami bimbang fenomena serangan angkatan tentera bersekutu di Mosul dan Aleppo, ramai pengganas Daesh akan lari dan mencari perlindungan dengan rantau ini merupakan antara sasaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Nadi Negara 2016 di sini hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.