Kiriman pada: Tue, Jul 28th, 2015

Penggantian Muhyiddin adalah satu keputusan sukar

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB RAZAK_UMNO_SUPREME COUNCIL_ANNIVERSARYKUALA LUMPUR: Keputusan menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merupakan satu keputusan yang amat sukar kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini di sini.

Beliau berkata keputusan itu terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

“Keputusan saya menggantikan Muhyiddin dan menggugurkan empat orang menteri dan seorang Timbalan Menteri serta melakukan perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.

“Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

“Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan,” jelas Najib dalam ucapannya mengenai rombakan kabinet hari ini di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Najib berkata beliau boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.

Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan dalam forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan dan negara, kata Najib.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.