Kiriman pada: Sat, Feb 27th, 2016

Penggantungan Muhyiddin tiada kaitan dengan pertukaran MB Kedah

Kongsi maklumat ini
Tags

AHMAD BASHAH MD HANIPAH / MENTERI BESAR KEDAHALOR SETAR: Penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO tiada kaitan dengan isu peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Perkara itu dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, sebagai mengulas desas-desus kononnya tindakan ke atas Muhyiddin dianggap sebagai rentetan kepada apa yang menimpa Mukhriz. “Ia cuma jawatan timbalan presiden UMNO dan penggantungan itu tiada kaitan langsung dengan penukaran menteri besar Kedah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pejabat Daerah Kota Setar, di sini, pagi ini. Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata Muhyiddin masih lagi Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan ahli UMNO.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.