Kiriman pada: Thu, Aug 27th, 2015

Penghakiman rayuan kes Khir Toyo petang ini

Kongsi maklumat ini
Tags

khir toyoKUALA LUMPUR: Ketidaktentuan menyelubungi penghakiman rayuan kes rasuah bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang kini dimasukkan ke hospital.

Lima hakim Mahkamah Persekutuan dijadualkan akan bersidang petang ini dan membuat keputusan berhubung kes tersebut.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Istana Kehakiman Mohd Aizuddin Zolkeply dilaporkan The Malaysian Insider berkata, prosiding bagi memutuskan sama ada untuk menyampaikan keputusan mahkamah tertinggi itu akan dilakukan.

“Dalam kes jenayah, hakim perlu berkumpul dan mendengar apa sahaja permohonan daripada peguam,” kata beliau dalam laporan The Malaysian Insider.

Panel peguam terlibat diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersama-sama Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan.

Pada pagi Rabu, Dr Khir dikejarkan ke Hospital Selayang apabila rebah selepas pulang daripada berjoging di sekitar rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.