Kiriman pada: Thu, Jan 12th, 2017

Penghormatan Terakhir Buat Adenan di Masjid Jamek

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuching – Ribuan penduduk Sarawak dijangka memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem hari ini.

Jenazah Ketua Menteri akan dibawa dari kediamannya di Damai Jaya, Santubong dan dijangka tiba di Masjid Jamek Negeri di Petra Jaya pada jam 10.30 pagi.

Orang ramai yang berhasrat untuk memberi penghormatan terakhir terhadap pemimpin kesayangan rakyat itu boleh menziarahinya di Masjid Jamek mulai jam 10.30 hingga 1 petang ini.

Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, beberapa pemimpin lain dijangka memberi penghormatan terakhir hari ini.

Antaranya, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dijangka tiba di sini pada jam 8.30 pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, selepas solat Zohor hari ini.

Kerajaan Sarawak mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari bermula Khamis sebagai menghormati kematian Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg, berkata sepanjang tempoh itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang, manakala semua acara rasmi ditangguhkan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.