Kiriman pada: Sun, Jul 26th, 2015

Pengkhianat Di Dalam Jabatan Kerajaan

Kongsi maklumat ini
Tags

pengkianatAtas kesilapan diri sendiri, menjadi viral di media sosial dan bakal mengugat kedudukannya sebgai penjawat awam, ini lah yang terjadi kepada beberapa orang penjawat awam dan pemegang jawatan kanan di jabatan kerajaan juga di sebuah GLG.

Mungkin kerana kealpaan ini lah maka banyaknya dasar kerajaan gagal dilaksakan dengan sepenuhnya malahan semakin har kia melambak maklumat sulat milik kerajaan dan urusan GLC tersebar luas di sidang maya dan di bualkan.

Seorang pegawai kerajaan yang kini bertugas di kemeterian Pendidikan dengan bangga mempamirkan dirinya berada didalam mesyuarat jabatannya dan membuat ‘tag’ ” dulu datang berdemo kini datang bermesyuarat’.

Mungkin beliau layak dari segi akademi tetapi kerajaan juga perlu ada makanisma untuk mengambil kakitangannya seperti syarat kelayakan boleh berbahasa “Mandrin” untuk bekerja di syarikat milik Cina.

Bagaimakah mereka ini boleh menjalankan misi kerajaan sedang di dalam jiwa mereka segala yang di lakukan oleh kerajaan tidak pernah menyenangkan hati mereka, bagaimana boleh mereka menjelaskan hasrat kerajaan sedangkan mereka sendiri tidak pernah bersetuju dengan kerajaan yang membayar gaji mereka.

Jika di jiwa mereka bertapok daki pembangkang, bagaimana boleh mereka memasukkan didalam diri mereka kebaikkan dan dasar kerajaan dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh, Bolehkah mereka ini di percayai untuk mengalas amanah yang di sampaikan serta menyimpan rahsia yang menjadi rahsia kerajaan.

Agak menghairankan bagaimana mereka yang menentang kerajaan secara terang terang booeh di lantik mememgang jawatan didalam kerajaan, adakah mereka yang membuat temuduga dan pengambilan juga adalah terdiri dari daki daki pembangkang di dalam jabatan kerajaan. Jika ini benar berlaku maka ianya adalah sesuatu keadaan yang tidak sihat dan merbahaya buat jabatan kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri najib Tun Razak.

Jadi kita kini boleh faham mengapa banyak dasar-dasar kerajaan sama ada melalui Kementerian, Jabatan mahupun melalui GLC kini dilihat gagal, Kerana kita memiliki sebuah kerajaan yang di dokong oleh puak pembangkang yang sentiasa mahu menggagalkan dasar kerajaan yang di terajui oleh Barisan Nasional.

Tidakkah mereka yang mengambil kakitangan yang kental pembangkang ini terfikir bahawa suatu ketika nanti mereka ini akan mensabotaj kerajaan Barisan Nasional dengan membocorkan rahsia-rahsia kerajaan dan mensabotaj pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang akhirnya perancangan dasar yang di atur menjadi gagal.

Di harapkan selepas ini Jabatan Perkhidmatan Awam dapat menapis semula penjawat awam yang secara terang-terang mahupun yang bersembunyi menentang kerajaan, Lebih ramai lagi mereka yang menyokong dan penyokong Barisan Nasional masih lagi tidak mempunyai pekerjaan.

Mereka yang tidak mempunyai jiwa ‘setia’ kepada pemerintah tidak perlu dikekalkan dalam kerajaan mahupun syarikat milik kerajaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.