Kiriman pada: Sun, Jan 10th, 2016

Pengubah-suaian Bujet 2016- Rakyat Harus Berfikiran Positif

Kongsi maklumat ini
Tags

najib2016 adalah tahun yang mencabar ini di akui oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, Lantaran itu pengubah-suaian bujet 2016 akan di bentangkan tidak lama lagi dengan mengambil kira senario ekonomi semasa untuk lebih realistik pada 2016.

Pengubah-suaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentu ukur semula, Langkah berterus terang yang di ambil oleh Perdana Menteri seharusnya di puji.

Adalah lebih baik untuk berterus terang daripada mengula-gulakan rakyat dengan tidak berpaksikan realiti yang sebenar.

Beliau berjanji kerajaan dan juga Kementerian Kewangan akan terus berusaha gigih dengan penuh komitmen untuk membela nasib rakyat dalam masa yang sama menjamin ekonomi negara dapat terus tumbuh dengan baik untuk membolehkan pelbagai program pembangunan di laksanakan.

Rakyat pasti tertanya-tanya apa yang terlibat dalam pengubah-suaian bujet 2016 itu nanti.

Kita sedia maklum tumpuan kerajaan dalam bujet 2016 adalah menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara.

Menurut Perdana Menteri, Pengubah-suaian bujet 2016 itu antara lain akan melibat langkah-langkah tambahan penegasan baru, mengoktimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

Sesungguhnya pada cabaran 2016 sememangnya cukup hebat sahingga pengubah-suaian bujet 2016 perlu di lakukan.

Cabaran-cabaran itu termasuk kelembabpan ekonomi China, Penurunan harga minyak mentah dan komoditi yang berterusan serta kadar fardah Amerika Syarikat yang turut memberi impak kepada ringgit.

Bagi menangani cabaran 2016, Tindakan lebih responsif dan tegas perlu di beri perhatian bukan sahaja oleh Kementeri Kewangan tetapi juga oleh kerajaan, GLC dan juga rakyat keseluruhannya.

Selain meningkatkan usaha dan produktiviti jaringan kerjasama perlu di perkukuh supaya negara ini berjaya dalam semua keadaan.

Disamping itu sumber-sumber perlu diuruskan dengan cekap dan mencapai tahap optimum.

Yang pasti kerajaan menyasarkan ekonomi Malaysia kekal stabil pada tahun ini dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4 hingga 5%. Inflasi pula dijangka kekal rendah di unjur berada dalam lingkungan 2 hingga 3%.

Kerajaan juga kekal komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.1% daripada KDNK pada 2016.

Manakala tahap hutang kerajaan persekutuan dijangka kekal terkawal dalam had yang berhemat 55% daripada KDNK.

Berbalik kepada pengubah-suaian bujet 2016 rakyat diharap bersikap rasional dan bersedia mendengar penjelasan kerajaan mengenainya.

Kerajaan akan menjawab segala isu yang di timbulkan, supaya rakyat tidak terkeliru dan yakin bahawa keadaan ekonomi negara masih kukuh walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran global.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.