Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Pengubahsuaian Bajet 2016 Perlu Positif, Penuhi Jangkaan Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

Datuk-Seri-Abdul-Wahid-OmarKuala Lumpur – Pengubahsuaian Bajet 2016 perlu bersifat positif, mesra pasaran dan memenuhi jangkaan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Malah, jelasnya, pengurusan fiskal dan dasar monetari seharusnya menitikberatkan perkara seperti mempertingkat pendapatan kerajaan, mengoptimumkan pembangunan dan perbelanjaan operasi.

“Kesejahteraan rakyat juga diberi perhatian termasuk soal kos sara hidup, langkah pengurusan pengangguran serta persekitaran kondusif bagi pertumbuhan sektor swasta.

“Bagi mendapatkan butirannya, kita perlulah menunggu pengumuman (pembentangan Pengubahsuaian Bajet 2016) pada 28 Januari ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di majlis Taklimat Penyelidikan Global Standard Chartered Bank Malaysia Bhd.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, dijadual membentangkan pengubahsuaian bajet berkenaan yang mengambil kira senario ekonomi semasa agar lebih realistik dengan persekitaran pada tahun 2016.

Sementara itu, Standard Chartered Bank Bhd berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini diunjur mencatat pertumbuhan lebih menyederhana iaitu kira-kira 4.7 peratus yang dipacu oleh perbelanjaan.

Ketua Penyelidikan Serantau, Asia Tenggara dan Penyelidikan Global syarikat itu, Edward Lee, berkata ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, antaranya impak harga minyak mentah global, barangan dan perkhidmatan, kadar pekerjaan yang baik serta penyederhanaan pertumbuhan ekonomi China.

Aspek perbelanjaan pula diunjur menyumbang kira-kira 60-70 peratus kepada KDNK Malaysia dan pelaburan pula kira-kira 25 peratus seperti pada 2015 yang disifatkan sebagai memadai,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.