Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

PENGUBAHSUAIAN BAJET: KOS PENGURUSAN DIKURANGKAN

Kongsi maklumat ini
Tags

jklhLabuan – Pengubahsuaian Bajet 2016 yang berdasarkan iklim ekonomi semasa akan menyaksikan ‘pengurangan’ dalam perbelanjaan pengurusan dan penangguhan projek pembangunan yang bukan keutamaan,” kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

“Tiada pemotongan gaji bagi kakitangan awam. Kami mahu pastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas. Jadi kami tidak akan berkompromi dalam penyampaian perkhidmatan,” katanya merujuk kepada pengurangan yang dicadangkan dalam perbelanjaan pengurusan.

Mohd Irwan bercakap kepada pemberita selepas merasmikan fasa kedua pembinaan kolam renang dan asrama Sekolah Antarabangsa Labuan yang berharga RM23.8 juta di sini malam tadi.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.