Kiriman pada: Sun, Jan 17th, 2016

Pengubahsuaian Bujet 2016 – Kesejahteraan Rakyat Diutamakan

Kongsi maklumat ini
Tags

BAJET-2016-e1445848304529-650x400Meskipun Malaysia berdepan dengan senario ekonomi global yang tidak menentu dan kejatuhan harga minyak mentah yang memberi kesan kepada hasil negara kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan.

Buktinya dalam pengubahsuaian bujet 2016 yang akan di bentangkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, pada 28 Januari ini.

Pertimbangan diberikan terhadap elimen yang boleh memberi menfaat sama ada dari segi hasil kerajaan atau perbelanjaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menangani apa yang di fikirkan penting oleh rakyat.

Malah Perdana Menteri turut memberi jaminan tidak akan berlaku peningkatan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada pengubahsuaian bujet 2016.

Begitu juga dengan gaji penjawat awam tiada pemotongan akan berlaku.

Antara perkara yang di beri tumpuan dalam pengubahsuaian bujet 2016 ialah dasar fiskal negara dan kewangan, beberapa isu seperti meningkatkan hasil negara, mengoktimumkan perbelanjaan, menentukan keutamaan baru dan penghasilan maksimum dari segi perbelanjaan.

Ini bakal menyaksikan pengurangan dalam perbelanjaan pengurusan dan penangguhan projek pembangunan yang bukan keutamaan seperti pembelian atau pemindahan tanah.

Bagaimanapun menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Muhamad Irwan Siriga Abdullah projek keutamaan seperti Massrepid Transit (MRT), Projek Keretapi Laju Kuala Lumpr – Singapura dan Lebuhraya Pan Boneo akan di teruskan, Kerana ia boleh meransang pertumbuhan ekonomi dan memberi menfaat kepada rakyat dalam jangka panjang.

Begitu juga dengan projek yang mempunyai kesan berganda tinggi kepada ekonomi ia tidak akan di hentikan sebaliknya kerajaan sedang mengkaji pro pertumbuhan atau mengekalkan pertumbuhan untuk memastikan lebih banak pendapatan dapat di jana.

Bagaimana pun terdapat projek yang di senaraikan dalam Malaysia ke11 (RMK11) akan terjejas akibat pengubahsuaian bujet 2016.

Sunguhpun begitu rakyat perlu ingat langkah-langkah pro aktif dan sesuai perlu segera di ambil kerajaan bagi mengurangkan sebarang kesan negetif yang mungkin menjejaskan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Kejatuhan harga minyak mentah dunia telah menyebabkan pendapatan negara melalui hasil minyak merudum dengan ketara kepada lebih 30 billion ringgit, ini di burukkan lagi dengan kebimbangan terhadap perkembangan semasa ekonomi China yang tidak menentu disamping kadar faedah sistem rizab Persekutuan Amerika Syarikat serta pegukuhan nilai dollar Amerika Syarikat.

Kesemuanya memberikan kesan kepada ekonomi negara, justru dalam menghadapi cabaran tersebut tindakan yang lebih responsif harus diambil bagi memastikan sumber negara di optimumkan dan di kendalikan dengan cekap.

Ia perlu di beri perhatian bukan sahaja ole kementerian kewangan tetapi juga kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rakyat keseluruhannya.

Apa yang penting pengubahsuaian buget 2016 tidak harus dilihat secara terpencil tetapi sebagai pakej dasar menyeluruh oleh kerajaan, ia merupakan langkah pro aktif kerajaan supaya tidak di tekan oleh keadaan ekonomi semasa, pada masa sama rakyat di harap tidak mudah mempercayai tuduhan yang bermotifkan politik mengenai keadaan ekonomi negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.