Kiriman pada: Wed, Feb 22nd, 2017

Penguna Dego Ride Berisiko

Kongsi maklumat ini
Tags

Masih lagi berkisar kepada pengharaman pengangkutan dua roda Dego ride yang mana ianya tetap mendatangkan risiko kepada penguna kenderaan ini, jika dibandingkan dengan pengangkutan awam yang lain.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Dego Ride mempunyai risiko yang tinggi yang boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius kepada penunggang.

Menurut beliau kadar kemalangan yang melibatkan motosikal adalah 48 kali ganda lebih tinggi berbanding bas dan 6.2 kali ganda lebih bahaya berbanding kereta yang bergerak dalam jarak sama.

Oleh itu beliau berpandangan bahawa keputusan mengharamkan pengangktan dua roda Dego Ride ini adalah bersaskan pendirian mementingkan keselamatan penumpang dan penguna kenderaan pengangkutan awam.

Perkhidmatan Dego Ride juga adalah menyalahi peraturan dan undang-undang dibawah seksyen 23 Akta Pengangkutan jalan Raya 1987 dan juga di bawah Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Bagi mereka yang melakukan kesalahan ini boleh di dakwa dimahkamah.

“Walaupun penguna motosikal mampu mengelak kesesakkan lalu lintas, namun ia juga mudah membawa kemudaratan kerana berdasarkan statistik, penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62 peratus kemalangan maut pada tahun lepas”.

Oleh dengan itu beliau tetap dengan pendirian beliau bahawa perkhidmatan Dego Ride ini perlu di haramkan, demi menjamin keselamatan penguna kenderaan awam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.