Kiriman pada: Sat, Nov 14th, 2015

Pengurusan Ekonomi Yang Baik Perlu Langkah Berani

Kongsi maklumat ini
Tags

njkWarga Australia melihat melalui serangan politik “negatif” dan mereka melihat bagaimana dasar Najib telah meletakkan Malaysia di landasan yang betul.
Seperti yang saya katakan sebelum ini. Saya menyokong dasar Najib dan saya menyokong Najib kerana beliau berani untuk melaksanakannya walaupun ia amat tidak popular pada awalnya dan orang akan mengutuk – ini menunjukkan beliau bukan berada di sini hanya untukmempertahankan kedudukannya.
Akhirnya, orang akan faham apa yang beliau cuba lakukan dan mengapa dasar-dasar itu adalah baik untuk kita.
Jika anda mahu menjadi seorang ahli politik popular, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk memberi segala-galanya PERCUMA – perkara yang paling mudah untuk dilakukan atau dikatakan dan mana-mana orang bodoh atau Tokong boleh menjanjikannya – tetapi ia bermakna memusnahkan negara anda seperti bagaimana Venezuela sedang menderita sekarang.
Berikut ditulis oleh John Dauth, bekas Duta Australia di Malaysia dan di Britain.
Sejak Najib mengambil alih pemerintahan negara, 1.8 juta pekerjaan diwujudkan. Hasilnya, kadar pengangguran Malaysia menjunam 3 peratus, antara paling terendah di rantau ini dan separuh daripada kadar pengangguran Indonesia iaitu pada 6 peratus dan Filipina pada 6.8 peratus.
Hasilnya, Malaysia kini berada di garis sempadan melepasi aras KDNK USD15,000 per kapita kepada sebuah negara maju, hasil daripada program ekonomi 2016-2020 direncanakan Najib.
Ia satu halatuju realistik kerana Najib, yang juga Menteri Kewangan sejak 2008, memiliki pengalaman dan membuktikan beliau memiliki kepimpinan yang diperlukan bagi mencapai status negara maju itu.
Beliau bertindak terlebih dahulu bagi memperkukuhkan kewangan negara yang penting bagi menangani pergerakan kewangan global. Berdasarkan laporan perundingan IMF melalui Artikel IV, “pengukuhan fiskal adalah tepat pada masanya, distruktur dengan baik dan berada dalam landasan yang betul.”
Tahun lalu, Najib mengambil langkah berani menggunakan ruang yang tercetus daripada kejatuhan harga minyak global bagi menghapuskan subsidi minyak petrol dan diesel yang mahal dan lemah dalam menuju kumpulan sasaran dan pada masa yang sama memperkenalkan sistem percukaian Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus, terendah di rantau ini bagi memperkukuhkan ekonomi berdasarkan cukai dan mengurangkan pergantungan terhadap keuntungan daripada harga minyak dan gas yang tidak menentu.
Sebagaimana dinyatakan IMF, pengukuhan jaminan sosial Malaysia adalah sebahagian daripada strategi fiskal Najib. Langkah berani sentiasa mengundang kontroversi. Namun, perkara utama iaitu pengurusan ekonomi yang baik memerlukannya. Dan Najib berjaya melakukannya.
Model ekonomi Malaysia menggabungkan penyatuan sosial dan polisi pasaran ekonomi berjaya menjana rekod pertumbuhan membanggakan di Asia Tenggara, rantau yang paling dinamik di dunia. Malaysia kini di persimpangan bersejarah dalam pembangunan negaranya, melalui keputusan yang tepat ketika mendaki tangga kemajuan. Anda tidak akan dapat melakukannya tanpa kepimpinan yang sudah diuji seperti Najib.

 

WakeUp Malaya

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.