Kiriman pada: Wed, Nov 25th, 2015

Pengusaha Taska Tidak Boleh Ambil Pengasuh Warga Asing

Kongsi maklumat ini
Tags

nsfgKuala Lumpur – Pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) tidak dibenarkan untuk mengambil pengasuh dari kalangan warga asing, Dewan Rakyat diberitahu Rabu.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun , mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan 14 Peraturan-peraturan Taska 2012, adalah menjadi satu daripada syarat bagi pengusaha Taska menggunakan pengasuh warga tempatan.

Akta dan peraturan itu juga menghendaki semua pengasuh hadir dan lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata serta berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya.

“Jika kita dapati ada pengusaha Taska yang gagal mengikuti peraturan ini, mereka boleh didenda sehingga tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu).

Azizah yang juga anggota Parlimen Beaufort berkata setakat ini tiada sebarang aduan berkenaan Taska yang mengambil pengasuh warga asing.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wujudnya Taska yang mengambil pengasuh warga asing boleh terus melaporkannya di JKM yang terdekat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.