Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

PENIAGA CAR WASH DAN PENGUSAHA NASI KANDAR MAUT DI TEMBAK

Kongsi maklumat ini
Tags

poGeorgetown: Seorang peniaga nasi kandar dan pengusaha kedai cuci kereta maut ditembak lima das oleh dua lelaki tidak dikenali di Jalan Datuk Keramat di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu mangsa, Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta seorang diri dipercayai singgah di kedai menjual motosikal dan berhenti di tepi jalan sebelum diekori dua lelaki yang menunggang motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata, berdasarkan siasatan seorang daripada suspek dikatakan turun dari motosikal lalu melepaskan enam das tembakan ke arah kereta mangsa dan mengenai cermin kereta bahagian hadapan pemandu.

Beliau berkata, siasatan mendapati lima das tembakan mengenai tubuh badan mangsa termasuk kepala manakala satu das tembakan tersasar.

Katanya, suspek dikatakan cuba melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Rela yang bertugas menjaga kedai motor sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina tetapi tidak mengenai mangsa.

“Kita akan menyiasat dari semua sudut dan kes akan disiasat mengiukut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Difahamkan, selain mengusahakan restoran nasi kandar, mangsa juga memiliki sebuah pusat mencuci kenderaan di Jelutong.
Mangsa sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lalu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.