Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

Penjawat Awam Mangsa Gempa Bumi Boleh Buat Tuntutan Insurans

Kongsi maklumat ini
Tags

TANH RUNTUH MAESILAUKuala Lumpur – Penjawat awam yang menjadi mangsa gempa bumi di Sabah baru-baru ini, dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam kepada panel insurans yang dilantik.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata tuntutan insurans itu boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai akaun dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan.

Tuntutan insurans itu meliputi perkara berikut:

i). Kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya.

ii). Pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian gempa bumi.

iii). Perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami.

iv). Kecederaan orang awam (pihak ketiga) akibat kemalangan di dalam rumah, ia tertakluk kepada polisi insurans yang dipilih.

Menurut kenyataan itu, mangsa boleh membuat tuntutan dengan menghubungi syarikat insurans atau takaful yang terbabit.

Sehubungan itu, BPP berharap mangsa yang terlibat segera mengemukakan tuntutan insurans mereka untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari di laman webhttp://bpp.treasury.gov.my atau menghubungi meja bantuan banjir talian 03-8880 2121.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.