Kiriman pada: Fri, Nov 11th, 2016

Penjelasan Isu Ayam Di Econsave Tidak Disembelih

Kongsi maklumat ini
Tags

sembelihJakim hari ini membuat penjelasan terhadap isu yang menjadi viral di media sosial berkenaan ayam yang dijual di Econsave Jalan Reko, Kajang yang didakwa tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Unit Hal Ehwal Korporat memaklumkan bahawa pihak Jakim bersama pegawai pemantauan JAIS telah membuat pemeriksaan terhadap pasaraya tersebut dan mendapati bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya adalah kesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller) hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang. Perkara itu telah menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.

“Walau bagaimanapun produk ayam yang dijual di Econsave Jalan Reko, Kajang ini dikenal pasti diambil daripada dua pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah”.

Justeru, pengguna tidak perlu gusar dengan viral tersebut namun dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk yang berada di pasaran dan premis yang bersih bagi memastikan ianya halalan toyyiban.

Untuk mengetahui rumah sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, pengguna boleh merujuk di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim.

Sebarang aduan, pertanyaan atau kemusykilan penguna boleh berhubung terus melalui emel dan talian seperti yang tertera –

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.