Kiriman pada: Sat, Jan 7th, 2017

Penjenayah Cuba Serang Polis Cedera Ditembak

Kongsi maklumat ini
Tags

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra menunjukkan gambar suspek yang terlibat dalam beberapa kes samun.

Kota Kinabalu – Seorang penjenayah parah terkena dua das tembakan selepas cuba menyerang anggota polis di Taman Bukit Setia, Sepanggar di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suspek berusia 35 tahun parah di bahagian bawah ketiak serta tulang rusuk kanan dan dihantar untuk rawatan ke Hospital Queen Elizabeth di sini, dengan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata ketika kejadian tiga anggota unit cegah jenayah Balai Polis Manggatal menjalankan rondaan di kawasan parkir taman berkenaan sebelum terserempak dengan suspek dalam sebuah kereta Honda City.

“Sebaik memperkenalkan diri, suspek enggan memberi kerjasama menyebabkan polis terpaksa memecahkan cermin kereta di sebelah pemandu.

“Dia kemudian bertindak agresif dengan mengambil sebilah parang dan cuba melibas anggota polis, menyebabkan salah seorang anggota melepaskan dua das tembakan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Chandra berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 20-an berhampiran lokasi yang dipercayai rakan suspek.

“Hasil siasatan awal, suspek yang ditembak itu terbabit dalam 13 kes samun, rompak, curi kenderaan dan pecah rumah, termasuk kes terbaru di Keningau, semalam.

“Suspek terbabit juga disyaki dalang utama kepada kumpulan penjenayah dikenali Geng Saldi yang aktif melakukan jenayah sejak Disember lalu,” katanya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.