Kiriman pada: Tue, Jul 21st, 2015

Penjual Besi Didakwa Bunuh Rakan

Kongsi maklumat ini
Tags

MAHKAMAH MAJISTRETKuala Lumpur – Seorang penjual besi terpakai dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya menggunakan sebilah parang, awal bulan ini.

R. Prabakaran, 23, dituduh membunuh Logeswaran Francis, 25, seorang penghantar surat, di Jalan Travers, Brickfields, antara 5.30 pagi dan 6 pagi, 2 Julai lepas.

Tertuduh yang memakai baju kemeja-T kuning berkolar dan berseluar hitam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Sept depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Norazihan Adnan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.