Kiriman pada: Fri, Nov 25th, 2016

Penstrukturan Semula Had Pembelian Rokok, Minuman Keras Dan Pembatalan Sekatan Perjalanan Kenderaan Di Wilayah Persekutuan Labuan.

Kongsi maklumat ini
Tags

semulaBagi pihak warga Wilayah Persekutuan Labuan khususnya mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah bersetuju menyelesaikan masalah dan kekusutan penduduk Labuan dan pelancong ke WP Labuan.

Kabinet pada hari ini telah bersetuju dalam melaksanakan penstrukturan semula jualan rokok dan minuman keras serta kawalan sekatan ke atas kenderaan di pulau-pulau bebas cukai termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Kedai Bebas Cukai di Pulau Bebas Cukai yang terdiri daripada lapangan terbang, jeti penumpang dan kawasan bandar akan dijenamakan semula sebagai Kedai Bebas Cukai 1 (KBC 1) dan tidak perlu mengemukakan jaminan bank.

Had jualan rokok dan minuman keras adalah diseragamkan di semua KBC 1. Kuantiti jualan sebulan kepada penduduk dan pelancong tempatan serta pelancong warga asing ialah 3 crate bir (24 tin satu crate), 5 liter minuman keras dan 3 karton rokok (200 batang sekarton).

Manakala bagi penumpang dan anak kapal yang akan berlepas meninggalkan Malaysia secara langsung ke luar negara dengan menunjukkan pas pelepasan (boarding pass) dengan destinasi perjalanan terakhir di sesuatu tempat di luar negara had kuantiti adalah sama kecuali bir hanya 2 crate sahaja dibenarkan.

Walaubagaimanapun penumpang dan anak kapal yang baru tiba di WP Labuan dengan menunjukkan pas pelepasan (boarding pass) had kuantiti jualan adalah 1 crate bir (24 tin satu crate), 1 liter minuman keras dan 1 karton rokok (200 batang sekarton).

Bagi Kedai Bebas Cukai II (KBC II) terdiri daripada kedai runcit, kedai kopi, restoran dan kafeteria had jualan rokok dan minuman keras adalah secara loose tanpa had dan tidak perlu direkodkan. KBC II juga dibenarkan menjual rokok dan minuman keras secara loose pack mengikut masa operasi perniagaan masing-masing atau mengikut masa operasi yang diluluskan di bawah Lesen Rumah Bir dan Lesen Rumah Awam.

Sekatan 30 hari bagi setiap perjalanan kenderaan tertakluk kepada tempoh maksima 90 hari dalam setahun kalendar dipermudahkan di mana sekatan 30 hari bagi setiap perjalanan adalah telah dibatalkan.

Bagi semua kenderaan penumpang berkapasiti enjin 2,500 cc ke bawah tidak lagi diperlukan untuk mengemukakan jaminan bank dan memadai dengan hanya mengemukakan Bon Am sahaja.

Bagi kenderaan jenis kereta saloon yang melebihi kapasiti enjin 2,500 cc ke atas hendaklah mengemukakan jaminan bank pada kadar 50% daripada nilai duti dan cukai.

Manakala kenderaan penumpang selain kereta saloon yang melebihi kapasiti enjin 2,500 cc seperti trak pikap tertakluk kepada syarat jaminan bank dan hanya memadai dengan mengemukakan Bon Am sahaja.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.