Kiriman pada: Fri, Aug 14th, 2015

Penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP)

Kongsi maklumat ini
Tags

MALAYSIA-POLITICS-VOTEKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Jawantankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) untuk merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif, khususnya untuk menentukan proses konsultatif di semua peringkat dan mengambil kira pandangan semua pihak.

Beliau berkata “Pelan ini yang akan menangani isu pembiayaan politik, Selain daripada itu, pada masa ini tidak terdapat peraturan mengenai pembiayaan politik yang boleh menentukan sesuatu itu adalah salah atau tidak, walaupun terdapat beberapa peraturan mengenai perbelanjaan pilihanraya.

Justeru, terdapat keperluan mendesak untuk mengawal selia pembiayaan politik bagi memastikan kebertanggungjawaban dan ketelusan demi mewujudkan amalan politik yang sihat. Inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada agenda Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan NKRA untuk mewujudkan tadbir urus dan mekanisme check and balance.

Dato Seri Najib berkata “JKNMPP akan dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sementara YB Senator Dato’ Sri Idris Jala sebagai Timbalan Pengerusi dan Institut Integriti Malaysia (IIM) akan bertindak sebagai Pusat Rujukan dan Rundingcara JKNMPP dengan bantuan sekretariat dan peruntukan disediakan oleh Bahagian Integriti dan Tadbir Urus (BITU), Jabatan Perdana Menteri.

“JKNMPP ditubuhkan bagi menentukan proses konsultatif di semua peringkat dan mengambil kira pandangan semua pihak. – tambah beliau lagi.

Dimaklumkan JKNMPP ini akan dianggotai oleh wakil parti-parti politik, tokoh masyarakat, ahli akademik, pemikir, wakil agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil sektor swasta, wakil pertubuhan masyarakat sivil dan pihak-pihak berkepentingan, termasuk generasi muda.

JKNMPP akan menimbang semua aspek peraturan pembiayaan politik termasuk perubahan institusi, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan baru.

“JKNMPP akan menimbang semua aspek peraturan pembiayaan politik termasuk perubahan institusi, pemantauan serta penguatkuasaaan undang-undang dan peraturan baru,” kata beliau.

JKNMPP juga akan menjadi penasihat kepada kerajaan dalam hal pembiayaan politik berintegriti melalui pembaharuan dan penambahbaikan undang-undang yang diperlukan untuk disediakan dalam tempoh setahun.

“Pelan ini diharapkan akan meningkatkan keyakinan bukan sahaja kepada ahli parti-parti politik, malahan rakyat dan generasi yang akan datang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.