Kiriman pada: Thu, Jul 23rd, 2015

Penumpang Maut, Kereta Rempuh Besi Penghadang Lebuh Raya

Kongsi maklumat ini
Tags

KEMALANGAN MAUTSeremban -Seorang penumpang maut setelah kereta Proton Persona yang dipandu rakannya terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di KM28.7, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada awal pagi hari ini.

Pegawai Turus Trafik negeri ASP Zainuddin Ahmad berkata dalam kejadian pada kira-kira 5.30 pagi itu, Mohamad Ambari Mustofa, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala rentetan terkena besi penghadang yang menembusi cermin hadapan kereta berkenaan.

“Sementara rakannya yang memandu kereta, Syahran Mohd Shayuti, 24, cedera di muka dan tangan, dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Senawang .

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Razak Abdul Rahman dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin berkata enam anggota bomba tiba di tempat kejadian pada 6.26 pagi untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.