Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

Penyanyi Lagu Melayu Asli, Samsudin Lamin Meninggal Dunia

Kongsi maklumat ini
Tags

1slKuala Lumpur – Penyanyi lagu-lagu Melayu Asli, Samsudin Lamin, 76, meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, di kediamannya di Kuang, Rawang, Selangor.

Allahyarham meninggalkan isteri Yunetta Yusof, 57, dan empat orang anak.

Yunetta ketika dihubungi Bernama berkata beliau berada di sisi suaminya semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.44 pagi.

“Allahyarham telah lama mempunyai komplikasi tersebut malah sebelum bulan puasa, dia pernah koma dan dirawat di Hospital Sungai buloh selepas terjatuh di bilik air,” katanya.

Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Kampung Setia, Kuang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang selepas solat Zohor.

Karier seni Samsudin bermula apabila beliau menyanyi untuk Radio Malaya dan kemudian Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak tahun 1951 bersama Orkes Rangkaian Tunas Baru.

Allahyarham juga pernah menyertai pertandingan Bintang Radio Asli pada tahun 1961 dan 1971.

Antara lagu yang pernah didendangkan Allahyarham ialah ‘Titisan Embun Pagi’, ‘Pantun Seloka’ dan ‘Dondang Sayang Hari Raya’ secara berduet bersama Jamilah Abu Bakar.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.