Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

Penyelewengan LPG Kerajaan Kerugian RM800 Juta Peruntukan Subsidi

Kongsi maklumat ini
Tags

imageKegiatan penyelewengan gas petrolum cecair LPG bersudsidi sekiranya tidak di kawal akan merugikan negara dan menjejaskan bekalan tempatan, tahun lalu sahaja kerajaan rugi sebanyak 800 juta ringgit atau 40% daripada jumlah keseluruhan peruntukan subsidi bahan tersebut.

Kerugian besar itu berlaku berikutan kegiatan penyeludupan dan penyalahgunaan bahan tersebut, contohnya beberapa hari lepas pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepengunaan (KPDNKK) berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan terbesar dengan nilai rampasan lebih setengah juta ringgit.

Serbuan di sebuah stor LPG berlesen di kawasan Perindustrian Ringan Seri Rapat di Ipoh, mendapati ia dijadikan pusat kegiatan pemindahan LPG daripada tong LPG bersubsidi ke tong LPG industri tidak bersubsidi.

Sehubungan itu kerajaan bertekad menjalankan operasi membenteras penyelewengan subsidi LPG ini secara lebih tektikal, tegas dan efisyen.

Menurut Menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas Perak, Johor dan Melaka operasi berkenaan akan di teruskan di negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

Walaupun ia bukan tugas yang mudah namun melalui risikan dan kerja sama orang awam kita percaya ia boleh dilakukan, orang ramai boleh tampil memberi maklumat terperinci kepada pihak berkuasa sebarang penyelewengan mahupun penipuan berkaitan LPG.

Operasi menbenteras penyelewengan dapat memastikan peniaga mengikut peraturan yang ditetapkan dan beretika pada masa sama mekanisma terbaik dikaji bagi memperbaiki kelemahan sedia ada, mengikut peraturan sedia ada sektor komesial hanya dibenarkan mengunakan gas tanpa bersubsidi ia itu 50 kilogram.

Manakala sektor domestik di kediaman dan perumahan mengunakan gas bersubsidi 10 dan 14 kilogram, kerugian tersebut berlaku apabila sindikit memindahkan gas berkenaan dari tong bersubsidi ke tong industri yang sememangnya tidak diberikan subsidi.

Malah terdapat juga kedai restoran dan hotel mengunakan gas bersubsidi, oelh itu kelemahan tersebut wajar disemak semula selain pemberian lesen LPG juga akan di perketat bagi mengelakkan penyelewengan.

Kurangnya kawalan dalam pemberian lesen borong dan runcit dikatakan antara punca penyelewengan berkenaan ini berikutan seorang individu itu boleh memiliki dua lesen sekali gus, ia itu lesen LPG bersubsidi dan tanpa subsidi (industri).

Ketirisan LPG tidak boleh dibiarkan lagi kerugian kerajaan dari segi subsidi amat parah disebalik pihak yang mengaut keuntungan mudah.

Angka kerugian pastinya akan menjadi lebih besar apabila bahan tersebut di seludup, lantaran itu tindakan tegas perlu di kenakan kepada pihak yang melakukan jenayah sedemikian.

Kita berharap kegiatan itu dapat dibenteras sepenuhnya dan bantuan subsidi tidak lagi disalah gunakan

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.