Kiriman pada: Wed, Dec 16th, 2015

Penyelia Kilang Maut Dalam Kemalangan Babit Empat Kenderaan

Kongsi maklumat ini
Tags

jckRembau – Seorang penyelia kilang maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di KM 242.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Ibrahim Sharif berkata penunggang motosikal, Hallary Anak Andrew Bujang, 23, yang beralamat di Kampung Jagoi Stass, Bau, Sarawak, maut di tempat kejadian.

Beliau berkata dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 8.15 malam itu, motosikal jenis Honda Future yang ditunggangi Hallary merempuh bahagian belakang sebuah Proton Iswara yang berada di lorong kecemasan.

“Rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak ke laluan tengah lebuh raya sebelum dirempuh oleh sebuah lori jenis Hino Euro.

“Motosikal mangsa pula tercampak ke lorong paling kanan dan dilanggar oleh sebuah kereta lain jenis Volkswagen,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.