Kiriman pada: Mon, Aug 3rd, 2015

Penyiasat Malaysia di Pulau Reunion sehingga siasatan selesai

Kongsi maklumat ini
Tags

mhSERDANG: Penemuan serpihan cebisan pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion sejak seminggu lalu masih menimbulkan tanda tanya sama ada ia milik sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang di Lautan Hindi pada Mac, tahun lalu.

Walaupun masih terlalu awal untuk membuat andaian cebisan berukuran dua meter itu adalah milik pesawat MH370, Malaysia komited untuk menghantar pasukan penyiasat ke pulau tersebut untuk menganalisa cebisan itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai mengesahkan pasukan penyiasat Malaysia akan terus berada di Pulau itu sehingga kesemua siasatan selesai.

“Pihak berkuasa akan memberi respon secepat mungkin tentang sebarang penemuan di Pulau Reunion kepada umum. Kementerian Pengangkutan mengambil langkah segera dengan menghantar dua pasukan ke kawasan terlibat untuk meneruskan proses pencarian cebisan dari pesawat MH370,” kata Tiong Lai ketika ditemui di majlis perasmian SJK (C) Bukit Serdang di sini, Isnin.

Menurut Tiong Lai, pasukan Malaysia yang berada di Pulau Reunion mendapat sokongan dari pihak berkuasa di Madagascar dan Mauritius dalam fasa pencarian yang meliputi kawasan perairan pulau tersebut.

Pasukan penyiasat dari Malaysia berlepas ke Pulau Reunion, Khamis lalu.

Liow turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan serpihan ‘flaperon’ itu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.