Kiriman pada: Sat, Nov 19th, 2016

Penyokong Mahathir Rela Menjadi Kaldai-Kaldai Bersih

Kongsi maklumat ini
Tags

whatsapp-image-2016-11-19-at-8-45-38-amTiba-tiba Muhyiddin menjadi wali suci apabila menempelak pihak polis yang menahan kepala-kapala kumpulan Bersih yang menjadi penganjur kepada perhimpunan haram yang dijangkan hari ini dan menganggap ianya sebagai satu bentuk ancaman dan gangguan terhadap penganjur dan orang ramai yang berhasrat untuk menghadiri perhimpunan tersebut esok.

Betul kata orang-orang lama, politik ini seribu kemungkinan, ada perkara yang satu ketika di benci tetapi hari ini menjadi kegilaannya demi kelansungan politik mereka walau siapa pun mereka wa’ima anak ulamak sendiri pun jika nasfu menguasi diri maka segala yang pernah dibencinya kini menjadi kegemaran.

Memang didalam perlembagaan Malaysia rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, tetapi dari pengalaman yang lalu himpunan ‘aman’ yang mereka katakan yang mana satukah tidak berakhir dengan kekecohan, malah tidak berlakunya rusuhan dan kerosakan harta awam.

Hampir setiap siri Bersih yang mereka anjurkan kebanyakkannya berakhir dengan rusuhan sama ada kecil atau besar ianya tetap berlaku kerosakkan kepada harta awam dan kegusaran kepada kehidupan harmoni rakyat Malaysia, serta kerugian kepada peniaga-peniaga yang menjalankan aktiviti seharian mereka.

Kini setelah di pecat dari kerajaan dan UMNO, Muhyiddin cuba menghalalkan perbuatan yang boleh mencemar nama negara di mata dunia dan cuba mengimbas bahawa himpunan ini dibenarkan oleh Najib atas nama Program Transformasi Politik, dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012, memang benar kita membenarkan rakyat bersuara tetapi bukan dengan membuat huru-hara.

Kepada pengikut parti baharu sedarlah anda juga dahulu yang mengutuk tindakan kumpulan Bersih ini sebagai kaldai kepada parti pembangkang tetapi hari ini demi nafsu pemimpin, anda semua rela menjadi Kaldai-Kaldai tertsebut.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.