Kiriman pada: Thu, Aug 20th, 2015

Penyokong Perak kena 15 jahitan, bas dibaling besi di Machap

Kongsi maklumat ini
Tags

PAFAIPOH: Seorang penyokong Perak terpaksa menerima 15 jahitan akibat terkena besi di kepala apabila tiga bas yang membawa penyokong pasukan bola sepak negeri itu ‘diserang’ sekumpulan individu di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berdekatan Machap, Johor, awal pagi tadi. Mangsa, Mohd Aiman Shafiq Nohar, 19 dari Kampung Manjoi, di sini menerima rawatan di Hospital Melaka. Dia bagaimanapun dibenarkan pulang tengah hari tadi. Wakil penyokong Arfaeez Abd Rahman,25, berkata dalam kejadian itu kira-kira jam 12.30 tengah malam, ketiga-tiga bas yang membawa 118 penyokong itu baru bertolak dari Stadium Larkin di Johor untuk pulang ke Ipoh, Perak, secara tiba-tiba diekori sekumpulan individu menaiki kereta serta motosikal sebelum dibaling dengan pelbagai objek.

“Sebaik tiba di persimpangan Machap, satu daripada besi yang dibaling itu terkena cermin hadapan bas dan masuk ke dalam bas sehingga terkena seorang penyokong mengakibatkan mangsa cedera di kepala. “Kami kemudian terpaksa meminta bantuan polis untuk mengiringi kami sebelum memberhentikan bas di tepi lebuh raya bagi membolehkan ambulans membawa mangsa ke hospital,” katanya dalam sidang media yang diadakan sebaik tiba di Stadium Perak di Ipoh, petang ini. Arfaeez berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. Katanya, ketiga-tiga bas turut mengalami kerosakan selepas beberapa bahagian bas seperti cermin depan, belakang serta sisi dan bahagian pintu pecah akibat dibaling dengan pelbagai objek.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.