Kiriman pada: Tue, Dec 1st, 2015

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti di Greater Kuala Lumpur (BNR) 1 Disember

Kongsi maklumat ini
Tags

*plan Koridor Sg. Besi

*plan Koridor Sg. Besi

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini dalam usaha menaik taraf industri pengangkutan awam darat di Malaysia seterusnya akan melaksanakan penyusunan semula rangkaian perkhidmatan bas henti-henti (BNR) di Greater Kuala Lumpur mulai 1 Disember 2015.

Menerusi satu taklimat di ibu Pejabat SPAD, dimaklumkan bahawa penyusunan semula rangkaian bas ini adalah merupakan salah satu dari inisiatif kerajaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Ia bertujuan untuk penambahbaikan rangkaian perkhidmatan bas di Greater Kuala Lumpur.

“Ianya direka bentuk semula bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda”

Sementara harga bagi tambang bas adalah kekal dalam kadar siling yang diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan pada tahun 2009.

Di bawah penyusunan semula rangkaian bas ini, koridor bas sedia ada akan disusun semula menjadi koridor yang lebih kecil berdasarkan jalan utama yang menghubungkan Greater Kuala Lumpur.

Rangkaian bas ini dibahagikan kepada 8 koridor iaitu Koridor Jalan Ipoh, Koridor Jalan Pahang, Koridor Ampang, Koridor Cheras, Koridor Sg. Besi, Koridor Klang Lama, Koridor Lebuhraya Persekutuan dan Koridor Damansara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.