Kiriman pada: Mon, Nov 7th, 2016

Peperiksaan SPM 2016 Bermula

Kongsi maklumat ini
Tags

spmKuala Lumpur – Pelajar tingkatan lima sekolah menengah di seluruh negara mula menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 hari ini.

Bahasa Melayu Kertas 1 membuka tirai peperiksaan penting itu yang berlangsung sehingga 6 Dis melibatkan 434,535 calon berdaftar itu.

Kementerian Pendidikan berkata 3,732 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara dan 32,220 petugas peperiksaan dilantik untuk mengendalikannya.

Ibu bapa dan guru serta wakil Jabatan Pendidikan negeri dilihat memberi kata-kata semangat kepada calon SPM sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan dengan diiringi bacaan doa.

Sebanyak 377,194 calon SPM 2016 atau 86.8 peratus merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, menurut kenyataan kementerian sebelum ini.

Calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains MARA adalah sebanyak 9,094 orang atau 2.1 peratus.

Sebanyak 7,931 calon (1.8 peratus) adalah calon sekolah menengah agama negeri, calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian ialah sebanyak 12,847 (tiga peratus), calon persendirian 25,713 (5.9 peratus) manakala calon sekolah menengah agama rakyat sebanyak 1,756 (0.3 peratus).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.