Kiriman pada: Wed, Feb 17th, 2016

Peraturan Lalu Lintas – Bertindak Tanpa Kompromi, Tanpa Alasan Dan Tanpa Rasuah.

Kongsi maklumat ini
Tags

schoolkids_04042015_620_412_100Semalam adalah hari terakhir operasi selamat Ops 8 2016 sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina selepas beroperasi sejak 1 Febuari lalu, sahinga kini belum ada statistik rasmi yang di catatkan bagi seluruh negara sepanjang operasi selama 2 minggu itu.

Namun perlaksanaan kali ini ternyata menumpukan penguatkuasaan secara penuh, is susulan sejarah terburuk dalam Ops Selamat 7 yang mencatatkan 330 kematian, sejak operasi bersepadu itu dimulakan pada 2001 dengan nama Ops Sikap.

Percaya atau tidak lebih 80% daripada kemalangan jalan raya di negara ini berpunca daripada kesilapan manusia, itu fakta yang didedahkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, statistik Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan hanya 19.4% daripada kemalangan berpunca daripada keadaan jalan raya dan kenderaan.

Malah sejak 10 tahun lepas penguna motorsikal merupakan mangsa paling banyak dan melibatkan 39,744 kematian.

Apa sudah jadi tahun demi tahun kita terpaksa membaca, mendenar atau menonton berita memngenai kemalangan jalan raya setiap hari, bukan sekadar pada musim perayaan, walaupun kerajaan dan agensinya melakukan perlbagai inisiatif berkaitan kempen keselamatan jalan raya, jumlah kemalangan terus juga meningkat.

Ia tiada lain sistem KEJARA atau nama penuhnya Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya, perlu di kuat kuasakan serta merta, ia bagi memastikan penguna jalan raya lebih mematuhi peraturan dan undang-undang lalulintas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan sudah tiba masanya sistem yang di perkenalkan pada 1984 itu dilaksanakan sepenuhnya, ia sebagai pengajaran kepada penguna jalan raya yang masih degil melanggar peraturan lalulintas.

Selain saman lesen akan di gantung serta merta dibawah sistem KEJARA, berdasarkan portal pengangkutan jalan raya (JPJ) dibawah sistem KEJARA mereka yang mengumpul mata ‘demerit’ atau lebih buat keli kedua akan dikenakan hukuman penggantungan lesen memandu.

Lesen memandu akan di batalkan jika pemiliknya masih melakukan kesalahan dan setelah 3 kali lesen pemandu digantung dalam tempoh 5 tahun.

Ini berbanding dengan sistem KEJARA yang di perkenalkan pada tahun 1984, ia itu mereka yang mengumpul mata 15 ‘demerit’ akan di gantu ng lesen mamandu, manakala setelah 3 kali digantung dan sekiranya pemilik masih melakukan kesalahan dan mengumpul 15 mata ‘demerit’ lagi lesen itu akan di batalkan.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada memaklumkan gabungan sisten keselamatan sistem KEJARA, sistem penguatkuasaan automatik (AES) serta kadar denda tinggi boleh menyedarkan penguna agar lebih berhati-hati di jalan raya.

Bagaimanapun KEJARA perlu dilaksanakan semula dengan beberapa perubahan yang sesuai dengan situasi semasa, pada masa yang sama orang ramai diminta untuk terus memberi lebih banyak maklum balas berhubung sistem KEJARA dalam usaha kerajaan memperkemaskan lagi sistem itu.

Apa pun mengenai cadangan untuk menaikkan kompaun maksimum kepada pesalah terafik ia masih lagi didalam penelitian dan akan di hantar secara rasmi terlebih dahulu kepada kerajaan untuk di pertimbangkan.

Ini memandangkan kenaikkan denda kepada pesalah trafik tidak akan mencapai sasaran mengurangkan kemalangan jalan raya jika tidak disertakan dengan penguatkuasaan yang ketat serta kempen yang berkesan, sia sia sahaja nanti.

Pastinya setiap cadangan sesuatu penambahbaikan akan ada pihak yang menyokong dan menolak, namun didalam hal yang membabitkan nyawa ia sememangnya tiada galang ganti satu tindakan tegas perlu di ambil, tanpa kompromi tanpa alasan dan tanpa rasuah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.