Kiriman pada: Fri, Dec 18th, 2015

Perbalahan Sesama Tak Jadikan Kita Kuat, Jadi Bersatulah Perkuatkan Kedudukan Islam

Kongsi maklumat ini
Tags

najibhadiSedarkah kamu semua selepas melihat apa yang sedang direncakana oleh golongan Chauvanist ini? yang cemburu dengan perjumpaan dua pemimpin terulung ini semalam? Mereka menunggu masa untuk menjatuhkan dan melagakan bangsa kita. Tapi kita masih leka.

Dengan pantas mereka memuat naik di lawan twitter unsur – unsur perli dan iri hari melihat kedua pemimpin ini bersatu di satu majlis dengan sungguh akrab.

Dulu kita ialah raja di nusantara. Kekayaan kita menarik perhatian sehingga ratu mesir yang terkenal, Hatshepsut. Sehingga diukir di dinding piramid.

Dulu kita pelaut terkemuka, kisah awang hitam masih mekar apabila mengelilingi dunia, ratusan tahun lebih awal daripada Dato’ Azhar.

Tapi, tahukah kamu kenapa semua itu lesap dalam sekelip mata? Kerana bangsa kita berpecah! Kerana kita saling bersengketa dan saling bercakaran atas dasar rasa tidak senang hati serta iri hati terhadap satu sama lain seperti hari ini!

Kepada UMNO dan PAS, buanglah ego masing-masing tidak kemana kalau kita berbalah sesama sendiri sama bangsa sama Agama. cukup lah kita, rapatkan lah jurang diantara kita demi kekuatan perjuangan Agama Bangsa dan Tanah Air yang tercinta ini.

PAS perlu buangkan rasa benci kamu terhadap UMNO. Dendam lama tidak tidak akan menguatkan sesebuah bangsa dan agama. UMNO sudah membuka pintu untuk penyatuan, mengapa perlu tolak? Najib, yang juga presiden parti UMNO, telah menghulurkan ‘tali silaturrahim’ kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

Kita bertuhankan tuhan yang sama, bermazhab Sunnah, berbangsa Melayu. Persamaan ini harus dijadikan senjata untuk penyatuan!

Zaman Penjajahan sudah tidak ada lagi, mari kita merdekakan diri dengan benar – benar fahami erti kemerdekaan. Mari kita bina kembali kekuatan secara berjemaah, kita tidak perlukan ilmuan mahupun penasihat dari timur dan barat, nasihat mereka tidak boleh diambil tetapi ilmu mereka kita boleh manfaatkan.

Perbezaan politik tidak seharusnya jadi penghalang dengan meletakkan kepentingan agama dan bangsa sebagai keutamaan, demi kekuatan dan kemakmuran.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.