Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

Percayakah Anda Bahawa Ruang Kritikan Pada Hari Ini Adalah Agen Kematangan Minda?

Kongsi maklumat ini
Tags

Sebenarnya ruang kritikan yang ada pada masa ini sebenarnya adalah agen pemikiran yang lebih matang untuk rakyat. Cuma sekarang ini kritikan yang dibuat lebih kepada emosi dan adakalanya sekadar untuk menjadikan bahan gelak ketawa. Cuba lah berfikir di luar kotak untuk mendalami setiap isu yang terbangkit.

Jika dahulu segala kritikan disekat dan tiada peluang untuk bersuara telah menjadikan pemikiran rakyat menjadi sempit dan terbatas. Pernahkah anda terfikir siapa punya angkara ini? Setujukah jika perkara ini berlaku pada zaman pemerintahan Tun Mahathir? Barangkali golongan yang menjadi pembangkang ketika itu telah merasanya sendiri.

Jangan diingat kritikan kepada kerajaan yang ada pada hari ini seolah-olah adalah berunsur majoriti, mereka juga sebenarnya boleh melihat kepada keadaan semasa dan pada masa sama sedang berfikir akan kewajaran tindakan yang dibuat kerajaan.

Ini bermaksud kerajaan pada hari ini telah memberi ruang untuk rakyat berfikir tentang kewajaran walaupun ada tindakan yang tidak popular. Tidak seperti dahulu banyak medium disekat selain banyak kekangan untuk akses informasi kerana rangkaian internet yang belum begitu meluas.

Boleh diumpama tindakan oleh ibu bapa namun tidak disenangi oleh anak-anak. Adakala sehinggakan mereka berani mempersoalkan tindakan ibu bapa mereka. Walau bagaimanapun pada akhirnya mereka akan berfikir secara matang dan mendalam akan kewajaran tindakan ibu bapa ke atas mereka apabila meningkat dewasa dan matang.

Oleh itu jangan dengan mudah sahaja menganggap keputusan atau tindakan yang dibuat oleh kerajaan adalah satu ‘hukuman’ buat rakyat. Rakyat di Malaysia mempunyai banyak ruang untuk berfikir, pemikiran rakyat sebenarnya tidak lah disempitkan, cuma kadang-kadang emosi mereka telah menyekat kewajaran mereka untuk berfikir.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.