Kiriman pada: Sat, Aug 8th, 2015

Perdana Menteri Akan Hadiri Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura Esok

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Singapura pada Ahad bagi menghadiri upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura ke-50.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Perdana Menteri akan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam lawatan itu.

Menurut kenyataan itu, hubungan dua hala Malaysia dan Singapura adalah baik dan rapat.

“Kedua-dua negara komited untuk meneruskan kerjasama rapat dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, sosial, pendidikan, pertahanan dan keselamatan selain hubungan antara rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Pada tahun 2014, Singapura merupakan rakan dagang Malaysia kedua terbesar di peringkat global dan juga merupakan rakan dagang terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah keseluruhan perdagangan sebanyak RM194.52 bilion (US$59.5 bilion).

Tahun 2015 juga merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.