Kiriman pada: Mon, Feb 1st, 2016

Perdana Menteri Cadang Bina Jambatan Terpanjang Di Malaysia

Kongsi maklumat ini
Tags

image (1)Bintulu – Cadangan pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia iaitu Jambatan Sungai Batang Lupar di Sri Aman yang diilhamkan secara spontan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan hari ini, akan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN) Sarawak nanti.

Menurut Najib, semasa meneliti peta Sarawak semasa meninjau projek pembinaan Jambatan Batang Sadong di Simunjan pagi tadi, beliau mendapati banyak kawasan pesisir pantai di negeri ini boleh dimajukan sekiranya dibina sebuah jambatan merentasi Sungai Rejang di Batang Lupar iaitu sungai terpanjang di negara ini.

Katanya, semasa berada dalam kereta bersama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, beliau telah menyuarakan hasrat untuk membina Jambatan Batang Lupar yang bakal menjadi jambatan terpanjang di Malaysia.

“Saya minta kerajaan Sarawak membiayai 50 peratus kos pembinaan dan Pusat menanggung 50 peratus lagi.

“Idea saya ini terus dipersetujui oleh Ketua Menteri dan saya minta projek ini dimasukkan sekali dalam manifesto BN,” katanya berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di padang Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Adenan dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfref Jabu Numpang dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Afsia Awang Nassar.

Menurut Najib, beliau belum tahu kos sebenar projek pembinaan jambatan dicadangkan itu tetapi berjanji akan berusaha mencari sumber kewangan untuk melaksanakannya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.