Kiriman pada: Sat, Feb 11th, 2017

Perdana Menteri Ceria Bersama Keluarga UMNO Kedah

Kongsi maklumat ini
Tags

Alor Setar – Datuk Seri Najib Razak malam ini meluangkan masa bersama keluarga UMNO Kedah sempena majlis makan malam santai di Medina Thai Palace, di sini, sekali gus membuktikan keakraban dalam kalangan kepemimpinan parti khususnya di peringkat negeri.

Perdana Menteri yang melawat Kedah bermula hari ini, tiba di pekarangan restoran berkenaan di Jalan Stadium, di sini, kira-kira jam 8.45 malam dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Selain Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, turut sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai serta Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Suasana penuh kekeluargaan jelas kelihatan ketika Perdana Menteri ditemani kepemimpinan UMNO negeri meninjau menu disediakan terutama juadah tradisional Kedah.

Antara juadah disediakan ialah pulut durian, cucur kacang, tepung talam dan kerabu mangga.

Perdana Menteri akan berada di negeri ini sehingga Ahad ini dengan beberapa majlis dijangka dihadiri termasuk program tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) SeMalaysia, yang mana Kedah bertindak sebagai tuan rumah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.