Kiriman pada: Fri, Dec 2nd, 2016

Perdana Menteri Lancar Aplikasi PR1MA

Kongsi maklumat ini
Tags

primaKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan aplikasi mudah alih Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) iaitu ‘PR1MA app’ yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan projek PR1MA.

Pelancaran aplikasi itu dilakukan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di tapak pameran PR1MA di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pengerusi PR1MA Tan Sri Dr Alies Anor Abdul.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias berkata aplikasi tersebut yang bersesuaian dengan era digital masa kini menyediakan akses dua hala yang efisien antara perbadanan itu dengan rakyat.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis itu.

Menurutnya, aplikasi itu yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play dan App Store menyediakan kemudahan seperti pendaftaran dan permohonan membeli rumah, menyemak status permohonan serta maklumat projek.

Dalam pada itu, Abdul Mutalib menjelaskan setakat bulan lepas lebih 1.34 juta permohonan untuk membeli rumah diterima perbadanan itu.

Katanya, sehingga kini sebanyak 268,993 unit rumah diluluskan untuk pembinaan dengan 111,267 unit berada dalam pelbagai peringkat pembinaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.