Kiriman pada: Sun, Aug 30th, 2015

Perdana Menteri Rasmikan Sambutan Hari Peneroka

Kongsi maklumat ini
Tags

IMG-20150830-WA0018-500x376Kuala Nerus – Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak tiba pukul 9.15 pagi ini untuk merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2015 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Sultan Mahmud disambut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, barisan exco negeri dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Pada majlis itu, Perdana Menteri dijangka akan menyampaikan Anugerah Keceriaan Kampung Felda, selain Anugerah Khidmat Bakti kepada bekas peneroka yang telah berkhidmat cemerlang.

Anugerah lain yang akan disampaikan ialah Anugerah Masjid Terbaik dan tokoh imam yang disenarai pendek daripada 265 masjid.

Dato’ Seri Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan akan terus membina lebih banyak rumah untuk generasi kedua dengan harga antara RM60,000 dan RM70,000 seunit.

“Sebelum ini, kita umumkan harga rumah yang ditawarkan, diturunkan daripada RM120,000 kepada RM90,000. “Sekarang kita akan membina dalam lingkungan RM60,000 dan RM70,000,” katanya.

Rumah berkenaan akan ditawarkan secara sewa beli selepas kerajaan prihatin terhadap keperluan warga Felda.

Pada majlis itu Perdana Menteri juga turut mengumumkan kejayaan Program Dana Khas Pelajar Cemerlang Felda melalui pencapaian 11 anak, cucu dan kakitangan Felda yang berjaya mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka di luar negara.

Lebih 10,000 peneroka Felda dari seluruh negara hadir menyambut Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2015.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.