Kiriman pada: Tue, Jul 7th, 2015

Perdana Menteri Tunai Solat Terawih Bersama 1,000 Penduduk Jerteh

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKBesut – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kira-kira 1,000 penduduk sekitar pekan Jerteh menunaikan solat sunat Terawih di Masjid Ulul Albab, Seberang Jerteh malam tadi.

Beliau yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sebelum itu menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan bersama Anggota Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Terawih Najib bersama para jemaah menikmati hidangan bubur lambuk Besut dan keropok lekor yang disediakan oleh pihak masjid.

Sebelum berlepas pulang beliau sempat bersalaman dan bermesra dengan para jemaah yang mengambil kesempatan itu bergambar dengan beliau di perkarangan masjid berkenaan.

Najib kemudian berlepas pulang ke ibu negara kira-kira jam 10.40 malam tadi dengan pesawat khas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Gong Kedak, Bukit Puteri di sini.

Najib pada sebelah petang semalam telah merasmikan pembukaan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan berbuka puasa dengan lebih 20,000 penduduk Besut di perkarangan sekolah berkenaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.