Kiriman pada: Fri, Jul 24th, 2015

Perhilitan Kenal Pasti Tiga Daerah Tumpuan Gajah Di Terengganu

Kongsi maklumat ini
Tags

fdzdhdSetiu – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri Terengganu mengenal pasti tiga daerah menjadi tumpuan gajah liar di negeri ini, terutamanya ketika tibanya musim buah-buahan.

Pengarah PERHILITAN negeri Yusoff Shariff berkata lokasi tersebut ialah kawasan Air Putih dan Pasir Gajah di Kemaman, Hulu Seladang di Setiu dan daerah Hulu Besut.

Katanya sepanjang tahun ini pihaknya berjaya menangkap dan memindahkan tiga ekor gajah liar dari lokasi berkenaan setelah menerima aduan daripada penduduk yang mendapati haiwan berkenaan merayau-rayau dan merosakkan tanaman kebun.

“Saya berharap penduduk akan terus memberi kerjasama melaporkan kepada kita jika terdapat kehadiran gajah di kawasan mereka… mereka juga diminta tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengusir gajah-gajah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas operasi memindahkan seekor gajah liar di Hulu Seladang Setiu, petang semalam.

Mengenai operasi pemindahan itu, Yusoff berkata gajah jantan berusia antara 12 dan 13 tahun itu telah ditangkap pada 14 Julai lepas oleh petugas Unit Gajah Perhilitan Terengganu, namun hanya dapat dipindahkan semalam berikutan cuti hari raya.

Katanya gajah jantan seberat kira-kira 2 tan itu dipercayai tersesat daripada kumpulannya hingga memasuki kawasan kebun penduduk di Hulu Serdang.

Yusoff berkata gajah jantan akan dipindahkan ke kawasan Taman Negara Sungai Deka di Hulu Terengganu.

Operasi pemindahan gajah pada petang semalam petang itu turut melibatkan pasukan petugas dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah dengan dibantu dua ekor gajah denak dari pusat berkenaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.