Kiriman pada: Thu, Dec 10th, 2015

Perhimpunan Agung UMNO 2015 bermula

Kongsi maklumat ini
Tags

UMNO2015naiksangsaka.transformedKUALA LUMPUR: Tradisi menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa pagi ini, menandakan bermulanya secara rasmi Perhimpunan Agung UMNO 2015, satu acara politik yang saban tahun menjadi tumpuan pelbagai pihak. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba pada jam 9 pagi di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Ketibaan Perdana Menteri yang segak berbaju Melayu merah disambut timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin UMNO lain. Najib yang diiringi Muhyiddin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor naik ke pentas untuk menerima tabik hormat daripada komander perbarisan ketiga-tiga sayap, Ramdan Ramli sebelum memeriksa perbarisan. Najib diiringi Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin kemudian memeriksa perbarisan 150 anggota daripada ketiga-tiga sayap UMNO. Cuaca cerah dan kehadiran orang ramai menyemarakkan lagi upacara menaikkan bendera UMNO dan diiringi nyanyian lagu UMNO ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’ yang menyemarakkan semangat semua ahli UMNO yang berhimpun. Perhimpunan agung edisi ke-69 kali ini dihadiri oleh 5,732 perwakilan UMNO dari seluruh negara dan membabitkan seramai 1,453 petugas media daripada 60 agensi media tempatan dan antarabangsa. Selain itu, 1,453 petugas media daripada 60 agensi media tempatan dan antarabangsa, media baharu termasuk blogger serta portal berita dalam talian berkampung di Laman Media, PWTC, sejak Selasa lepas membuat liputan perhimpunan parti itu, tonggak Barisan Nasional.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.