Kiriman pada: Wed, Dec 9th, 2015

Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Bermula Hari Ini

Kongsi maklumat ini
Tags

tdKUALA LUMPUR – Ketiga-tiga sayap UMNO – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri – mengadakan perhimpunan agung masing-masing sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Perhimpunan kali ini menyaksikan kelainan apabila ia dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing, berbanding secara tradisinya yang disempurnakan timbalan presiden parti itu.

Ketua pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil merasmikan persidangan sayap pergerakan itu di Dewan Merdeka, perhimpunan agung Pemuda pula dirasmikan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin di Dewan Tun Dr Ismail manakala perasmian pergerakan Puteri disempurnakan ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Tun Hussein Onn.

Ketiga-tiga perhimpunan itu dirasmikan secara serentak pada 8 pagi sebelum para perwakilan yang dipilih membahaskan usul antaranya mengenai pendidikan, kos sara hidup, ekonomi dan perumahan.

Sebanyak 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri persidangan sayap berkenaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.