Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

Perhimpunan hujung minggu adalah perhimpunan haram

Kongsi maklumat ini
Tags

FE8B9DE6407697A4ECAAE2B9A930952C_low.transformed_40KUALA LUMPUR: Perhimpunan yang dirancang diadakan di sini, hujung minggu ini, dianggap ‘tidak dibenarkan’ atau haram kerana tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, berkata berdasarkan Seksyen 9 akta berkenaan, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat.

“Namun sehingga kini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertegas tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL serta kawasan sekitarnya, katanya.

“Kita akan ambil tindakan tegas (ke atas peserta) mengikut apa jua peruntukan yang ada. Undang-undang dah ada patuhilah ia,” katanya dalam sidang media bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin di sini, hari ini.
Tajuddin berkata pihaknya tidak mempunyai masalah membantu penganjur perhimpunan sekiranya mereka mengikut sepenuhnya undang-undang dan mengadakan perhimpunan di tempat tertutup seperti stadium seperti mana dicadang Mhd Amin. Sementara itu, Mhd Amin mengulangi pendirian tidak membenarkan perhimpunan diadakan di lokasi awam, khususnya di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL. Beliau sebaliknya berkata pihaknya sedia membenarkan penganjur menggunakan Stadium Titiwangsa yang berada di bawah seliaan DBKL atau membantu mereka memohon Stadium Nasional Bukit Jalil daripada pihak Majlis Sukan Negara atau Stadium Merdeka daripada Permodalan Nasional Berhad.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.