Kiriman pada: Fri, Nov 18th, 2016

Perhimpunan Sandiwara Pembangkang

Kongsi maklumat ini
Tags

sandiwaraKuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar parti pembangkang di Malaysia yang berselindung di sebalik sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menentang kerajaan.

Beliau berkata sebagai pihak yang kalah dalam pilihan raya, pembangkang berhak untuk mengkritik kerajaan tetapi hendaklah menggunakan saluran yang betul.

“Namun di Malaysia, keadaan berbeza. Parti pembangkang di negara ini mempergunakan sebuah NGO yang kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan memerangi rasuah, untuk menekan kerajaan melalui perhimpunan,” katanya.

Datuk Seri Najib berkata demikian dalam ucapan bertajuk ‘Sandiwara Perhimpunan Pembangkang’ yang dimuat naik di laman www.najibrazak.com hari ini.

Rakyat sedia maklum bahawa NGO itu sebenarnya merupakan boneka pembangkang, memandangkan hampir kesemua perhimpunan yang telah dan akan diadakan diketuai pemimpin pembangkang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.