Kiriman pada: Thu, Jul 2nd, 2015

Perintah Tahanan Reman Terhadap Suspek Kes Dera Disambung Tiga Hari Lagi

Kongsi maklumat ini
Tags

MAHKAMAH MAJISTRETPasir Mas – Perintah tahanan reman terhadap dua suspek yang didakwa mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilanjutkan selama tiga hari lagi bermula esok (3 Julai).

Perintah lanjutan tahanan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Lelaki berusia 39 tahun dan wanita berusia 25 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama empat hari bermula 29 Jun dan berakhir hari ini untuk siasatan lanjut.

Kanak-kanak itu ditemui ibu kandungnya pada 24 Jun dilaporkan dalam keadaan wajahnya cengkung dan seluruh badannya lebam serta dipenuhi parut manakala tubuhnya membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang dan rusuk.

Pada hari yang sama, kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.