Kiriman pada: Fri, Jul 24th, 2015

Perisa ganja hasil pembancuh tempatan

Kongsi maklumat ini
Tags

weedKUALA LUMPUR – Kebergantungan terhadap negara China yang menjadi pengeluar vape serta bahan perisa menjadi tekanan kepada pengguna Malaysia terutamanya apabila bekalan terputus pada tahun 2012 sehingga 2013.
‘Kemarau’ berkenaan berpunca daripada pelbagai sebab dan kejadian itu juga telah melahirkan pembancuh bahan perisa dalam kala­ngan masyarakat tempatan selepas membuat uji kaji sendiri terhadap bahan perisa import.
Penghujung tahun 2013 me­nyaksikan bahan perisa tempatan mula dipasarkan dan ia mendapat sambutan luar biasa. Salah satu perisa yang paling laris adalah Pineapple Orange Peppermint (POP).
Banyak yang tidak menyedari dalam keadaan itu, ada juga pembancuh yang tidak bertanggungajwab menghasilkan bahan perisa menggunakan campuran bahan terlarang seperti kanabis (ganja) dan juga ketum.
Menurut seorang pembancuh berpengalaman yang hanya mahu dikenali sebagai Eirwan, 29, dia mengakui ada beberapa pembancuh yang melakukan jenayah ber­kenaan, permintaan pasaran juga tidak kurang hebatnya.
“Sebenarnya perkara ini saya mula dengar sejak tahun 2011, ia bertahan kerana permintaan pasaran yang tidak putus. Jika tidak, masakan perisa berkenaan bertahan sehingga kini dan semakin banyak cawangan yang menghasilkannya.
“Hal ini amat merisaukan banyak pembancuh lain yang menghasilkan perisa tanpa bahan terlarang untuk mencari rezeki, tidak mustahil banyak yang gulung tikar sekiranya orang ramai menganggap kesemua perisa mengandungi dadah.
“Sangat mudah untuk menghasilkannya serta sangat mudah untuk menjualnya cuma saya tidak pasti mereka berjaya mengeksport ke negara jiran atau tidak. Menurut cerita yang saya dengar, bekalan kanabis (ganja) yang mereka dapat adalah daripada Belanda,” katanya ketika ditemui, di sini.
Katanya lagi, angkara penjenayah berkenaan berpotensi memberi kesan kepada industri pengeluaran bahan perisa tempatan yang hanya mengandungi bahan tambahan di dalam makanan harian.
Bagi pengimport yang hanya dikenali sebagai Budi, 30, dia te­lah lama terlibat dengan aktiviti mengimport barang elektronik vape seperti mod dan juga tangki tetapi tidak sekali-kali mengimport perisa terlarang.
Katanya, perisa berkenaan tidak lagi perlu diimport kerana bekalan yang ada di negara sudah cukup memenuhi permintaan pengguna tambahan pula pengedarnya bukan hanya ada di ibu negara tetapi seluruh negara.
“Saya tidak pernah mendengar adanya perisa ini ketika di China tetapi mula mengetahuinya ketika pulang ke tanah air. Saya tidak yakin sehingga rakan-rakan lain yang juga pengguna vape menceritakan tentang kewujudan perisa ber­kenaan di pasaran.
“Perkara ini sebenarnya memberi kesan negatif kepada budaya vape ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Industri ini akan lenyap dek kerana sikap segelintir pembancuh yang tidak boleh diterima akal,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.