Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

Perjalanan Hidup Pejuang Negara Wajar Dibukukan Sebagai Khazanah Berharga

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjalanan hidup seorang pejuang yang mempertahankan negara wajar dibukukan sebagai khazanah dan rujukan sejarah kepada rakyat dan masyarakat.

Perdana Menteri berkata usaha Perwira Niaga Malaysia (Pernama) menghasilkan buku bergambar tentang bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali tentang dunia ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia harus dipuji kerana ia menjadi satu titik penting dalam lipatan sejarah negara yang cukup bernilai.

“Penghasilan buku seumpama ini menjadi khazanah cukup bermakna kerana apa yang dilalui oleh beliau (Mohamed Hashim) adalah sebahagian daripada lipatan sejarah negara yang penting untuk dirakamkan.

“Ia mampu menjadi bahan rujukan dan asas yang cukup bernilai untuk dipelajari dan dijadikan panduan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku bergambar Mohamed Hashim, ‘Mission To Accomplished: The Military Journey, From Soldier To Leader’ di sini hari ini.

Najib berkata beliau juga tertarik dengan karya buku bergambar itu kerana ia benar-benar menggambarkan keperibadian seorang tokoh yang cukup dikenali dan dihormatinya olehnya, yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam dunia ketenteraan selama 38 tahun dan sembilan bulan.

“Mission Accomplished telah mendokumenkan dengan begitu baik pencapaian Tan Sri Hashim, memberikan kita wawasan kebijaksanaannya dalam peristiwa penting pencapaiannya dalam karier ketenteraannya. Ia bukan sahaja menyediakan bahan bacaan yang begitu menarik tetapi juga berfungsi sebagai inspirasi kepada generasi pemimpin akan datang,” katanya.

“Apabila saya memulakan penggal pertama sebagai Menteri Pertahanan pada 1991, ketika itu Tan Sri Hashim adalah Panglima Angkatan Tentera. Kami bersama-sama berusaha ke arah melaksanakan dan menguruskan Dasar Pertahanan Negara Malaysia.

“Matlamat bersama kami adalah memantapkan keselamatan negara. Kami berjaya merombak dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia bagi menangani ancaman yang sentiasa berubah, dan mengambil langkah-langkah untuk meminimumkan risiko konflik.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.